Thursday, May 13, 2010

POCO-POCO

Salam
kepada peminat poco-poco (wanita sahaja) marilah sama-sama kita bersenam pada hari jumaat
ini 14 mei 2010 pada jam 1.15 tengahari. tempat di bilik mesyuarat spipts di tingkat 5.
Sila bawa pakaian yang sesuai atau boleh aja berpakaian pejabat yang longgar dan selesa.
Y.Bhg Datin TKP akan turut sama dalam sesi ini. datang jangan tak datang ya.....

Di sini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada semua warga BKK SPIPTS kerana telah
menjayakan program ceramah kesihatan dan pemeriksaan yang telah diadakan semalam. seramai 90 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan. 30 orang dari BPP,16 orang BPI,
11 orang B.Gov dan seramai 30 orang dari Bhg. Biasiswa. Daripada 90 orang terdapat 11 orang
mempunyai BP 130/80 keatas manakala 7 orang mepunyai lebih 8 mmol. oleh yang demikian bagi mereka yang mempunyai tekanan drah yang tinggi dan dan gula yang tinggi diharap dapat
membuat pemeriksaan yang lebih rapi di klinik kesihatan berdekatan. Bagi yang sihat,
dengan BP yang rendah, gula dalam darah yang rendah serta BMI yang kurang 25 saya
ucapkan tahniah tetapi diharap dapat terus menjaga kesihatan dengan bersenam dan menjaga
pemakanan.
Terima kasih sekali lagi

Wednesday, May 12, 2010

ceramah & senaman

Salam kepada semua

Minta perhatian;
Tarikh : 12 mei 2010 (Rabu)
Tempat di bilik mesyuarat Bhagian Biasiswa KPT
Perkara : Ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan (percuma)

dijemput semua ahli BKK SPIPTS hadir di kedua-dua sesi ini.
Pemeriksaan Blood Glucose,Cholestrol, dan BMI percuma bermula jam 2.30 petang.
Datanglah beramai2.

kenali diri anda dengan mengenali kesihatan anda sendiri.
mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
jadi sama-samalah kita menghadiri sesi ini.....

sebelah petang diadakan pula berlari untuk kesihatan di tepi tasik putrajaya mulai jam5.30 petang. bawa pakaian yang sesuai dan kasut yang sesuai.

pantun mimggu ini.

pok amai-amai sampai tepi hutan
mari turun ramai-ramai
dengar ceramah dan pemeriksaan kesihatan

buai laju-laju
sekuntum bunga berseri-seri
Jangan malu-malu
ketahui kesihatan diri sendiri.

sekian terima kasih. tolong war-warkan kepada rakan-rakan ya....

-Enson Din-

Wednesday, May 5, 2010

JOM KITA BERSENAM...

Salam untuk semua
jangan lupa perjanjian kita untuk senamrobik 5 May 2010 jam 5.30 petang. datanglah
ramai-ramai sebab kita ada instruktur dari luar untuk memeriahkan aktiviti kita pada
minggu ini.

pantun minggu ini......

pok amai-amai
bunga rampai daun pandan
marilah ramai ramai
bersenam sehatkan badan

Pok amai amai
belalang kupu-kupu
turulah ramai ramai
jangan segan jangan malu