Wednesday, April 28, 2010

senamrobik

Salam Sejahtera,
Kepada semua warga SPIPTS jom bersenam. aktiviti senamrobik akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 28 April 2010 (Rabu)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Tepi Tasik (berhampiran menara PjH) Tunggu dekat atrium..
Instruktor: Jemputan
Pesanan : bawa pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti ini.

sarapan pagi roti canai
makan tengahari nasi dan kari
harapan saya esok kita turun ramai-ramai
sambil bersenam membakar kalori

Beli lengkuas di Batu Pahat
beli juga daun limau purut
minda cergas badan sihat
longgarkan otot kempiskan perut

Jangan lupa ya.... turun ramai-ramai, tunjukkan kehebatan warga SPIPTS dalam mengamalkan
gaya hidup sihat......

No comments:

Post a Comment